Penyanyi rakaman Malaysia Datuk Siti Nurhaliza telah mengeluarkan empat album video, empat album DVD, 10 album kompilasi video, 10 album konsert, 93 muzik video dan 9 video lirik serta telah menjayakan beberapa iklan televisyen. Dari album pertamanya, Siti Nurhaliza (1996), beliau telah mengeluarkan muzik video untuk lagu Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan. Album keduanya, Siti Nurhaliza II (1997) telah mengeluarkan muzik video untuk lagu Aku Cinta Padamu, Wajah Kekasih, Bisikan Asmara dan beberapa muzik video lagunya yang lain. Album ketiga, keempat dan ketujuhnya, Cindai (1997), Adiwarna (1998), Safa (2001) masing-masing telah mengeluarkan 10 muzik video.
Album ke-16 beliau, Fragmen (2014) telah menerbitkan muzik video untuk lagu Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku. Muzik video untuk Lebih Indah telah diterbitkan bagi mempromosikan produk eau de toilettes keluaran SimplySiti dan ianya didapati di akaun YouTube rasmi SimplySiti pada 30 Mei 2014, sementara muzik video bagi Jaga Dia Untukku telah difilemkan di Bogor, Indonesia.
Pada November 2016, Datuk Siti telah mengeluarkan muzik video untuk lagu Menatap Dalam Mimpi yang dimuatkan dalam album secara langsung beliau, Unplugged (2015). Muzik video keduanya telah dimuatnaik di akaun Vevo rasmi Datuk Siti dan juga di YouTube selepas muzik video pertamanya ditarik balik dalam masa 12 jam selepas ia dimuatnaik pada Ogos.
Download Mp3 Nirmala Mp3 Download Or Listen Free [8.01 Mb]
Membaca Gaya Wawasan ialah lagu tema promosi untuk menggalakan amalan membaca anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Ia dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Fazley, Dayang Nurfaizah, Afdlin Shauki, Maya Karin, Syafinaz Selamat, Jeslina Hashim dan lain-lain.
Lagu tema kempen Warna-warna Malaysia yang mempromosikan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum dan budaya, anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia dengan kerjasama ASTRO, klip video ini turut menampilkan Elfira Loy dan Aznil Nawawi.
Harapan Tanpa Suara ialah lagu tema promosi untuk kempen menghentikan penderaan kanak-kanak anjuran Utusan Malaysia, Kami Prihatin. Artis yang terlibat ialah Adibah Noor, Aishah, Aizat Amdan, Alyah, Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Anita Sarawak, Erra Fazira, Lah Ahmad, Mawi, Maya Karin, Misha Omar, dan lain-lain.
Siti Nurhaliza, Tak Lupa Adat Dan Budaya Ketimuran (dilengkapi Audio Dan Video)
Kau Ilhamku ialah lagu tema promosi yang hanya boleh didapati untuk penstriman di Yonder Music, yang menyaksikan kerjasama daripada penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan lagu asal nyanyian Man Bai.
Iklan selama seminit bagi mempromosikan konsert jelajah Siti Nurhaliza Fantasia Tour, di mana Siti menyanyikan lagu Pendirianku secara a cappella, ia turut dijayakan oleh Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Nadiya Nisaa.
Siti menjadi model bagi iklan Cadbury #MoreJoyIn2015 dan mempromosikan jenama coklat Cadbury sempena Karnival Marvellous Cadbury Dairy Milk yang diadakan pada Mei 2015.
0 komentar:
Posting Komentar